ATM Sedia Gerak Aset Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Mesir

Diterbitkan: Khamis, 4 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk menggerakkan asetnya sekali lagi bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir jika keadaan di negara itu terus bergolak.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, bagaimana pun setakat ini belum ada keperluan ke arah itu dan keputusan mengenainya akan diputuskan kerajaan melalui koordinasi Majlis Keselamatan Negara dan Wisma Putra.

"Kita memang telah bersedia sekiranya ada keperluan, tapi setakat ini belum ada keperluan dan saya yakin bahawa krisis yang dihadapi oleh Mesir ini dapat diselesaikan dalam beberapa ketika dan keadaan akan kembali reda," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) ke-45 di Stadium Universiti Sains Islam Antarabangsa, di sini Khamis.

Sekiranya, keadaan memerlukan ATM untuk menggerakkan asetnya, Zulkifeli berkata, beliau menjangkakan ia tidak akan menghadapi sebarang masalah lebih-lebih lagi, proses sama pernah dilakukan sebelum ini.

"Ops Piramid yang lalu begitu rumit sekali kerana kita perlu berhubung dengan negara-negara seperti Arab Saudi dan sebagainya. Jadi sekarang ini kita sudah ada hubungan itu dan jika kita perlu membawa pulang rakyat kita dari Mesir mungkin tidak akan menghadapi masalah," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata ATM juga bersedia untuk memberi bantuan kemanusiaan di Acheh yang menghadapi bencana gempa bumi, jika dipanggil untuk berbuat demikian.

"Kita mempunyai jaringan ketenteraan antara negara-negara Asean dalam misi bantuan seumpama itu dan akan mengaktifkannya apabila diperlukan bagaimana pun ia membabitkan hubungan ketenteraan serta hubungan dua hala antara kerajaan dengan kerajaan," katanya.

Kejohanan MAKSAK selama empat hari bermula semalam itu, disertai 452 atlet dari lapan negeri selain ATM, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara yang mengambil bahagian dalam 21 acara olahraga yang dipertandingkan.

Turut hadir pada majlis itu, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan