Tiada Lesen Rumah Urut Baru Diluluskan Di Selangor Sejak 2008 - Teng

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor tidak membenarkan sebarang kelulusan lesen pembukaan rumah urut baru sejak Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri pada 2008.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata sekiranya ada aduan mengenai pembukaan rumah urut yang beroperasi secara haram wakil rakyat perlu mengemukakan aduan dan bukti kepada kerajaan negeri untuk dibawa ke peringkat PBT supaya tindakan segera boleh diambil.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang berkata PBT juga melaksanakan tindakan kompaun kepada premis-premis atas kesalahan menjalankan perniagan tanpa lesen yang sah.

“Bagi mengatasi masalah pembukaan pusat hiburan yang beroperasi secara harama PBT turut melaksanakan tindakan sitaan dengan menyita peralatan seperti komputer yang terdapat di premis.

“Kita juga akan mengkaji semula syarat-syarat kelulusan pusat hiburan serta melaksanakan operasi bersepadu bersama-sama agensi-agensi kerajaan,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Jakiran Jacomah (BN- Bukit Melawati) yang meminta kerajaan negeri menyatakan kewujudan pusat hiburan, rumah urut yang beroperasi secara haram di kawasan tadbiran PBT pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) pada Rabu.

Sebelum ini Teng mencadangkan supaya mewujudkan zon jantina di rumah urut bagi membendung gejala sosial di negeri itu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan