Tiada Halangan Tunai Umrah Semasa Ramadan - Jamil Khir

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jamil Khir.
Jamil Khir.

KUALA LUMPUR: Tiada halangan bagi rakyat Malaysia untuk menunaikan umrah semasa Ramadan walaupun virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dilaporkan menular di Arab Saudi.

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tidak timbul isu sekatan bagi jemaah umrah akibat penularan virus itu.

"Tidak timbul isu sekatan, cuma visa sekarang ini diperketatkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi memberi laluan pembinaan semula kawasan Tawaf di Masjidil Haram ketika ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kompleks Darul Kifayah di sini, Rabu.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Zainal Abidin Jaffar.

MERS dilaporkan meragut 33 nyawa di Arab Saudi sejak September lepas selain menyebabkan 55 lagi jatuh sakit setakat ini.

Jamil Khir berkata pada masa ini, tempoh sah visa umrah dipendekkan kepada 15 hari berbanding 30 hari sebelum ini bagi memberi laluan kepada projek pembesaran Masjidil Haram demi keselesaan jemaah.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak akan berkompromi dalam hal ehwal kesihatan para jemaah di mana mereka wajib melepasi pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan mengerjakan umrah atau haji.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 kepada 70 kakitangan MAIWP bagi menghargai individu yang menunjukkan prestasi kerja memberangsangkan sepanjang tahun lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan