Tanah Runtuh: MB Selangor Arah MPAJ Siasat Punca Kejadian

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Khalid Ibrahim.
Abdul Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melakukan siasatan menyeluruh berhubung punca sebenar kejadian tanah runtuh di kawasan tapak pembinaan Sierra Ukay, Ukay Perdana, yang berlaku pagi Rabu.

“Bukan sahaja laporan siasatan MPAJ perlu buat tetapi laporan daripada pakar kejuruteraan juga perlu dijalankan.

“Mereka (MPAJ) mungkin akan memanggil badan penasihat bebas untuk membantu mereka dalam isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) pada Rabu.

Abdul Khalid berkata pada peringkat awal, ini punca kejadian dikenalpasti disebabkan oleh kelalaian manusia dan bukannya alam semula jadi.

Justeru, beliau telah mengarahkan pakar jurutera untuk pergi ke lokasi kejadian untuk memastikan sama ada pihak pemaju boleh meneruskan kerja-kerja pembinaan atau tidak.

“Saya telah minta MPAJ menjalankan kajian menyeluruh sama ada projek pembinaan tersebut membahayakan nyawa orang ramai dan pekerja. Jika tidak selamat mereka (pihak pemaju) perlu hentikan kerja-kerja pembinaan untuk tempoh sementara,” katanya.

Pada kira-kira pukul 11 pagi Rabu, berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan tapak projek pembinaan di Sierra Ukay Perdana, Ampang.

Kejadian tersebut mengakibatkan empat pekerja tertimbus manakala yang lain terselamat.

Seramai lapan pekerja sedang melakukan kerja-kerja menanam cerucuk di kawasan pembinaan Sierra Ukay untuk kediaman satu tingkat ketika tanah runtuh itu berlaku.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan