Rakyat Asing Tidak Dibenar Jadi Pemandu Teksi - Nancy

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat asing tidak dibenar memandu teksi atau mendapat permit teksi di negara ini, dan jika ada rakyat asing menjadi pemandu teksi, ia perlu dilapor kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Jadi saya minta kerjasama semua untuk laporkan perkara ini sekiranya nampak ada pemandu warga asing yang membawa teksi," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) di Dewan Rakyat pada Rabu sama ada rakyat asing diberi permit teksi secara individu atau diambil oleh syarikat-syarikat teksi berdaftar.

Menjawab soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) mengenai langkah penguatkuasaan yang dijalankan dalam menangani isu itu, Nancy berkata SPAD sentiasa melaksanakan pemantauan berkala dan tindakan tegas akan diambil terhadap rakyat asing atau syarikat yang melantik rakyat asing menjadi pemandu teksi.

"Memang sudah ada penguatkuasaan dan tangkapan dibuat dalam kes ini misalnya satu kes di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada awal tahun ini apabila seorang warganegara Pakistan ditangkap dan didakwa di mahkamah.

"Ada juga melibatkan warga Iran. Jadi kita tidak nafi perkara ini memang ada, tetapi ia bukan dibenarkan," tegasnya.

Beliau berkata pemandu teksi rakyat asing boleh didakwa kerana menyalah guna permit kemasukan ke negara ini.

Mengenai monopoli teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Nancy berkata isu itu kini tidak timbul selepas dasar terbaharu membenarkan teksi bandar untuk beroperasi di situ sejak Mei lepas.

"Teksi-teksi bandar kini dibenarkan untuk beroperasi di tingkat 1 KLIA. Langkah ini bagi mengelakkan kewujudan ulat-ulat teksi yang melobi pelanggan untuk menggunakan teksi mereka yang tidak berdaftar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan