Langgar Peraturan: Jais Tarik Balik Tauliah Ajar & Sampaikan Ceramah Agama Terhadap Dua Individu

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menarik balik tauliah mengajar dan menyampaikan ceramah agama terhadap dua individu atas kesalahan melibatkan penipuan kewangan dan isu moral.

Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata tindakan tersebut diambil kerana individu berkenaan melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Jais.

“Ada dua penceramah ditarik balik tauliah mereka, sepanjang tahun ini seorang, Juliza Jumiran. Tauliahnya ditarik balik selepas dua surat yang dihantar kepadanya tidak dijawab dalam isu melibatkan penipuan kewangan.

“Seorang lagi Khairuddin Mizan, tauliahnya ditarik balik atas kesalahan melanggar Peraturan Tauliah 2008 apabila pemegang tauliah berkelakuan dengan cara yang mencemarkan agama Islam,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang) yang meminta kerajaan negeri menyatakan jumlah individu yang telah ditarik balik tauliah untuk mengajar dan menyampaikan ceramah di Selangor di sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Rabu.

Mengulas lanjut, Sallehen (PAS-Sabak), berkata Jais sentiasa memantau penceramah di masjid dan surau di seluruh Selangor dan mereka yang tidak mempunyai tauliah mengajar perlu membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran khas daripada Setiausaha Jawatankuasa Tauliah di Bahagian Dakwah, Jais.

“Pekeliling dan arahan Pengarah Jais telah dikeluarkan melalui semua Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah bagi memastikan semua nazir dan pengerusi surau menjemput penceramah yang mempunyai tauliah sahaja dalam aktiviti ceramah dan pengajian agama di masjid dan surau yang dianjurkan,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Budiman yang meminta kerajaan negeri menerangkan langkah untuk mengekang penceramah tanpa tauliah di negeri itu.

Beliau berkata kad tauliah juga diberikan kepada semua pemegang tauliah dan ia berkuat kuasa tidak melebihi tempoh lima tahun, bertujuan untuk memudahkan tapisan keselamatan dan kawalan dibuat ke atas penceramah dari semasa ke semasa.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan