Kerajaan Selangor Belum Sedia Dedah Perjanjian Langat 2

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor belum sedia mendedahkan butiran terperinci terma perjanjian projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang termeterai antara kerajaan negeri dengan Pusat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa ini kerajaan negeri mahu fokus kepada usaha penyusunan semula industri air Selangor dibuat secara menyeluruh termasuk rundingan Langat 2.

"Keputusan tidak boleh dinyatakan sekarang kerana masih dalam peringkat rundingan," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Selasa.

Projek Langat 2 dibina bagi menampung krisis bekalan air Selangor sekaligus memastikan pengguna di Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga 2020.

Mengulas lanjut Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata, sebagai langkah persediaan kerajaan negeri telah menubuhkan pasukan pengurusan khas terlatih sejak tahun lalu bagi mengendalikan proses mengambil alih syarikat konsesi air tanpa membawa sebarang kesan kepada pengguna.

"Pasukan pengurusan sekarang terdiri daripada beberapa pegawai eksekutif yang diambil daripada luar negara untuk melaksanakannya walaupun bayaran gaji mereka lebih rendah dari gaji yang diterima oleh Pengerusi Syabas (Tan Sri Rozali Ismail)," katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Pengunaan Air ditugaskan memantau jumlah air mentah Selangor, manakala Setiausaha Negeri dan pegawai Unit Perancangan Ekonomi (UPE) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) termasuk pakar luar telah berbincang setiap hari untuk memantau keadaan pengeluaran air.

"Oleh sebab itu saya rasa kita tidak akan berada dalam keadaan yang kurang berpengatahuan dalam pengurusan air," katanya.

Menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan sama ada kerajaan negeri akan memberi bantuan kepada mana-mana individu atau NGO yang menyaman Syabas, Khalid berkata peruntukan hanya diberikan bagi khidmat guaman.

"Kita dah buat beberapa peruntukan untuk hanya beri khidmat nasihat guaman kepada NGO yang nak bergerak dari segi usaha mereka tetapi tak bersama-sama mereka dalam usaha tersebut," tegasnya.

Minggu lalu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan Selangor bagi menyelesaikan penstrukturan semula air negeri itu.

Najib melalui surat kepada Kerajaan Negeri Selangor pada 19 Jun lalu menyatakan keterbukaannya dan sedia mengadakan proses rundingan mengikut garis panduan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Sekiranya mendapat perkembangan positif dan berhasil, proses penstrukturan ini akan selesai selewat-lewatnya September depan.

"Perdana Menteri menyatakan beliau telah meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk mengambil tindakan susulan bagi mengadakan perbincangan dengan kerajaan Selangor dalam tempoh terdekat," kata Abdul Khalid.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan