Datum Jelatek: Pemilikan Bumiputera Adalah Tidak Kurang 50% – MB Selangor

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menegaskan projek pembangunan Datum Jelatek diberi keutamaan kepada pembeli Bumiputera dengan kuota tidak kurang daripada 50 peratus diperuntukkan kepada mereka.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Pelabuhan Klang) turut menolak dakwaan bahawa pemilikan hartanah di kawasan projek pembangunan mewah itu diberikan kepada rakyat warga asing.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan kuota sebanyak 50 peratus pemilikan unit hartanah di kawasan tersebut diberikan kepada golongan Bumiputera.

“Sebenarnya dakwaan (pemilikan hartanah oleh rakyat asing) itu tidak benar. PKNS tidak boleh menjual kurang daripada 50 peratus hartanah di kawasan Datum Jelatek kepada masyarakat Bumiputera.

“Daripada 337 unit hartanah yang ditawarkan di Datum Jelatek, 1,029 permohonan yang diterima adalah daripada pembeli Bumiputera,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda) yang meminta kerajaan negeri menyatakan status terkini projek berkenaan dan dakwaan mengenai pemilikan hartanah oleh rakyat asing di Datum Jelatek.

Jelasnya, keadaan tersebut berbeza dengan kawasan bandar raya Kuala Lumpur yang memperuntukkan hanya 30 peratus kuota pemilikan hartanah kepada golongan Bumiputera walaupun projek Datum Jelatek terletak hanya bersebelahan dengan kota metropolitan berkenaan.

Mengulas lanjut,Abdul Khalid berkata projek tersebut kini berjalan lancar dengan tender telah dikeluarkan kepada pemaju.

“Pembayaran pampasan kepada pemilik rumah pembangunan asal telah pun dilakukan, walaupun terdapat 14 pemilik rumah asal yang tidak bersetuju namun mahkamah telah memberi kelulusan untuk pengambilalihan tanah tersebut,” katanya lagi.

Berhubung aduan penduduk berhubung projek berkenaan, Abdul Khalid berkata, beliau telah meminta PKNS memberi penerangan dengan mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan penduduk yang tidak bersetuju serta mengeluarkan risalah kepada masyarakat di kawasan Datum Jelatek.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan