Dakwaan Akaun Cecah RM209 Juta Tiada Dalam Wikileaks - Anwar

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan maklumat yang mendakwa beliau memiliki 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta) diperoleh daripada laman web Wikileaks.

Ketua Pembangkang itu menegaskan hasil semakannya tidak menemui maklumat berkaitan pendedahan yang dibuat Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng.

"(Dakwaan) tiada asas. Beliau kata daripada Wikileaks, bila kita semak (sebenarnya) daripada blog Umno. Pasport lain, nombor pun lain...semua lain.

"Kita semak memang tiada langsung laporan di Wikileaks. Ini dimulakan oleh blogger Umno dan Simpang Renggam membaca teks yang diedarkan oleh Umno," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Terdahulu, pada sesi perbahasan Dewan Rakyat, Anwar turut tampil memberi penjelasan dan menuntut supaya Liang mendedahkan maklumat berhubung dakwaannya.

Liang bagaimanapun tiada di Dewan ketika penjelasan dibuat.

Pada Selasa Dewan Rakyat menjadi gamat selepas dikejutkan dengan dakwaan Liang bahawa Anwar mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Menurut Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan Wikileaks itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel dan China.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan