BN Akan Kemuka Tiga Nama Untuk PRK Kuala Besut

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GENTING HIGHLANDS: Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan tiga nama untuk dipilih sebagai calon bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketiga-tiga mereka merupakan orang tempatan dan mempunyai latar belakang berkelayakan tinggi serta berhemah.

"Kita ada ramai tokoh, tetapi saya dikemukakan dengan tiga nama, walaupun Pengerusi BN yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berada di luar negara, kita akan kemukakan nama-nama ini kepada beliau dan akan putuskan seberapa cepat yang mungkin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-20 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini, Selasa.

Muhyiddin yang juga pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Kuala Besut berkata, BN telah membuat persiapan rapi dan berharap menerusi kempen yang akan diadakan nanti, keputusannya akan lebih baik dan majoriti undi meningkat daripada diperoleh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.

"Kita baru mesyuarat tadi di mana wakil bahagian dan setiausaha bahagian bagi taklimat, Menteri Besar (Terengganu Datuk Seri Ahmad Said) pun hadir untuk memberi input tentang apa yang boleh kita lakukan.

"Begitu juga dengan pembahagian tugas-tugas, bahagian pun usulkan kalau negeri-negeri lain hendak membantu, bahagian akan tetapkan setiap peti undi ada dua buah negeri, tidak ada masalah," katanya.

Beliau berkata, sekiranya pilihan raya kecil diadakan pada bulan Ramadan, mungkin gerakan kempen akan diadakan dengan pendekatan berbeza daripada biasa.

"Strategi kita adalah untuk menang kawasan itu yang juga merupakan kubu kuat BN, tidak ada soal wujudnya kerajaan campuran, tidak payah andaikan (akan berlaku)," katanya.

Mengenai kenyataan DAP berkaitan tindakan memboikot pilihan raya kecil tersebut berikutan isu dakwat kekal, Muhyiddin berkata,: "Saya andaikan bagus juga kalau dia boikot, kita hadapi itu sebagai kenyataan, tidak ada masalah kerana sistem demokrasi negara kita mengizinkan, kalau ada pencabar, kita akan tentang."

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada majlis di Kulaijaya, Johor baru-baru ini mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, bagaimanapun PAS Terengganu sudah membuat keputusan muktamad untuk bertanding dan tidak akan memberi kemenangan mudah kepada BN.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mulai 26 Jun lalu berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada Rabu lepas.

Pada PRU-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut untuk BN dengan mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi itu.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi berdaftar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan