Bank Negara Perlu Pantau Pengaliran Wang - Hishammuddin - Berita Semasa | mStar

Bank Negara Perlu Pantau Pengaliran Wang - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Bank Negara memantau pengaliran wang di Malaysia bagi menjamin keselamatan negara.

Beliau berkata jika perkara itu melibatkan keselamatan negara, ia perlu dibawa kepada agensi-agensi risikan seperti polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kita perlu ketahui di mana ia (wang) diperolehi dan apa tujuan serta matlamatnya," katanya kepada pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pertama bersama warga Kementerian Pertahanan di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng di Parlimen semalam yang mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara.

Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau memandang positif pelantikan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra sebagai Menteri Pertahanan negara itu.

"Ini menunjukkan betapa pentingnya jawatan itu dan meletakkan jawatan ini di tahap yang cukup penting," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan