Anwar Jelaskan Dakwaan Ada Akaun Luar Negara RM209 Juta

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sehari selepas pendedahan memiliki 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu tampil memberi penjelasan di Dewan Rakyat.

Ketika diberi peluang menjelaskan dakwaan berkenaan, Ketua Pembangkang itu bagaimanapun tidak menafikan maklumat seperti yang didedahkan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam).

"Saya semak, ini memang niat jahat. Tidak ada kenyataan itu dalam Wikileaks. Tidak ada rujukan itu sama sekali dalam Wikileaks.

"Simpang Renggam harus ingat, yang dikaitkan dengan saya tidak disebut dalam Wikileaks. Jadi risikonya itu ada," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Mengulas lajut, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut bersetuju dengan gesaan Tian Chua (PKR-Batu) supaya Liang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen sekiranya gagal mengemukakan sumber maklumat pendedahannya.

"Tentunya ahli Yang Berhormat berhak untuk bangkitkan supaya ada penjelasan (mengenai dakwaan). Kalau tidak, beliau boleh ulang di luar (Dewan) dan saya boleh saman.

"Tapi adakah Parlimen ini boleh digunakan dengan merujuk Wikileaks (sebagai sumber) tapi dia tak ada.

"Adakah kita nak berikan pengesahan (terhadap pendedahan) kalau ada. Tapi dalam kes ini tidak ada... kalau pun ada, Wikileaks tahu risikonya," katanya.

Ketika Anwar memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat, Liang bagaimanapun tidak berada di dalam Dewan.

Keadaan itu memaksa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan supaya Dewan memberi peluang kepada Liang untuk menjelaskan mengenai pendedahannya.

"Simpang Renggam tak ada (dalam Dewan), kalau beliau masih dengan pendiriannya, Yang Berhormat ada hak untuk buat usul (rujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen).

"Ini jadi pengajaran kepada semua, kalau terlajak kata...susah," katanya.

Pada Selasa Dewan Rakyat menjadi gamat selepas dikejutkan dengan dakwaan Liang bahawa Anwar mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Jelas Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan Wikileaks itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel dan China.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan