929 Premis Judi Haram di Selangor

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengakui kebanjiran premis judi haram di negeri itu masih gagal ditangani kerana jumlahnya yang terlalu banyak.

Exco Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata, terdapat 929 premis judi dikenal pasti beroperasi secara haram di negeri itu.

“Setakat ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menjalankan sebanyak 148 pemeriksaan, dan mengeluarkan 77 saman serta melakukan 49 penyitaan.

“Namun ia masih belum dapat menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh. Bagaimanapun, PBT masih berusaha mengatasinya dengan membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik ke premis terbabit,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (PAS-Meru) yang meminta kerajaan negeri menyatakan jumlah premis judi haram di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Rabu.

Mengulas lanjut, Teng yang juga Adun Sungai Pinang berkata dalam tempoh lima bulan pertama pada tahun ini PBT telah membuat 70 permohonan kepada TNB untuk memotong bekalan elektrik di premis judi haram yang telah dikenal pasti.

"Memang ada buat permohonan kepada TNB untuk potong elektrik termasuk juga permohonan buat pemeriksaan, saman, menyita dan sebagainya. Tapi ia tidak mampu selesaikan masalah secara menyeluruh.

"Kalau kita selalu melakukan pemeriksaan setiap hari pun, dalam masa setahun pun tak habis. Buat (pemeriksaan) satu hari, tutup satu, buka dua lagi esok. Jadi kita kena fikirkan satu cara yang lebih holistik bagi memastikan keberkesanan dalam mengatasi masalah ini," katanya.

Sementara itu, Adun Yaakob Sapari (PKR- Kota Anggerik) pula mencadangkan agar kerajaan negeri memberi ganjaran kepada penduduk yang memberi maklumat mengenai kewujudan premis judi tersebut.

Teng dalam jawapannya berkata, isu utama pada masa kini adalah soal penguatkuasaan.

"Sekarang bukan mengenai ganjaran. Di Majlis Perbandaran Subang Jaya sahaja ada 582 premis judi haram, Majlis Bandaraya Petaling Jaya ada 312 premis. Masalah penguatkuasaan masih belum berkesan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan