RCI Sabah: Lelaki Indonesia Beritahu ICnya Diproses Di Kem Kayu Balak - Berita Semasa | mStar

RCI Sabah: Lelaki Indonesia Beritahu ICnya Diproses Di Kem Kayu Balak

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan pendatang asing Sabah dimaklumkan bahawa permohonan untuk kad pengenalan (IC) Malaysia diproses di kem kayu balak bagi membolehkan pekerja asing dapat memperoleh dokumen mereka.

Seorang peniaga sayur-sayuran kelahiran Indonesia, Mameng Saleng memberitahu Suruhanjaya itu pada Selasa bahawa dia merupakan antara 20 pekerja di kem kayu balak di Entelibon di daerah Telupid yang menghantar permohonan kad pengenalan kepada dua lelaki yang tidak dikenali.

Katanya, kejadian itu berlaku pada tahun 1983, dua tahun selepas dia memasuki negeri itu dari tempat asalnya di Sulawesi melalui Tawau.

“Pengurus kem bertanyakan saya sekiranya saya mahu memohon satu kad pengenalan dan menjadi rakyat Malaysia. Terdapat kira-kira 20 orang,” tambah Mameng.

Ditanya oleh pegawai Jamil Aripin, dan Mameng berkata, gambarnya untuk kad pengenalan itu diambil di kem berkenaan dan dia tidak menyerahkan sebarang dokumen sokongan seperti sijil kelahiran atau kewarganegaraan.

Dia berkata, apa yang perlu dilakukannya adalah perlu membayar RM50 apabila menghantar permohonan itu kepada dua lelaki berkenaan dan RM100 lagi kepada mereka apabila dia menerima kad pengenalan itu dua bulan kemudian.

Mameng berkata, dia tidak tahu sekiranya lelaki itu daripada kerajaan atau organisasi seperti parti politik.

Dia menambah, dia mengundi pada setiap pilihan raya selepas memiliki dokumen itu.

Katanya, dia juga mempunyai pasport Malaysia dan pulang ke Indonesia sebanyak dua kali untuk melawat ibunya yang masih menetap di Sulawesi.

Dia membisu ketika Jamil mempersoalkan nombor kad pengenalan yang mengandungi nombor 12 yang merujuk kepada tempat kelahiran di Sabah sedangkan dia dilahirkan di Indonesia.

Ditanya apakah yang akan dilakukannya sekiranya kerajaan Malaysia memutuskan untuk membatalkan kad pengenalannya, Mameng mendiamkan diri seketika dan berkata: “Saya menyerahkannya kepada kerajaan.”

Dalam soalan lain daripada Jamil, dia berkata, dia akan mengambil tawaran untuk menjadi pemastautin tetap sekiranya kad pengenalannya diambil.

Ketika ini, Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Steve Shim berkata: “Persepsi mereka sekiranya dokumen itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang tempatan maka ia seharusnya sah.”

“Persoalannya sekarang siapa yang perlu dipersalahkan untuk keadaan ini,” tambah Shim.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan