Punca Gangguan Bekalan Elektrik 27 Jun Terus Jadi Misteri

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Misteri terus menyelubungi punca berlakunya gangguan bekalan elektrik di Sarawak pada 27 Jun.

Keadaan ini berterusan walaupun syarikat pembekal tenaga elektrik milik negeri Sarawak Energy Berhad (SEB) pada Selasa mengesahkan penemuannya sebelum ini bahawa kejadian itu berpunca daripada Loji Hidroelektrik Bakun di Belaga.

Ketua pegawai eksekutif SEB Torstein Dale Sjotveit berkata syarikat itu mempunyai bukti jelas bahawa gangguan bekalan secara menyeluruh itu berlaku akibat "penurunan bekalan tenaga yang berlaku secara serius dan tidak diduga" daripada loji berkenaan.

Katanya data SEB menunjukkan tiga unit bekalan tenaga elektrik di loji itu terpelantik secara serentak pada 5.36 petang dan menyebabkan kesemua lima stesen janakuasa elektrik di negeri ini terhenti operasi.

"Apa yang menyebabkannya (kesemua tiga unit berkenaan terpelantik pada waktu yang sama), kami tidak tahu, tapi ia masih disiasat," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SEB di sini, Selasa.

Beliau berkata tiga unit itu menghasilkan bekalkan tenaga kira-kira 650 MegaWatt (MW) sebelum terpelantik hampir serentak.

Sjotviet berkata selagi punca sebenar unit berkenaan tiba-tiba gagal berfungsi tidak dikenal pasti, ada kemungkinan gangguan seserius itu akan berulang.

Bagaimanapun, kata beliau rancangan SEB untuk menambah sumber tenaganya melalui pentauliahan loji baharu di Murum akan mengurangkan kemungkinan itu.

Beliau berkata berhubung kejadian baru-baru ini, SEB komited bekerjasama rapat dengan Sarawak Hidro Sdn Bhd, pengendali loji hidroelektrik Bakun, untuk mengenal pasti puncanya.

"Kami memberi tumpuan untuk mencari penyelesaian, bersama Sarawak Hidro, untuk memastikan operasi Bakun, sebagai pengeluar tenaga bebas, mengekalkan standard globalnya," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan