Perkeso Akan Kendali Penguatkuasaan Bagi Majikan Tidak Daftar Pekerja

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan mengendalikan operasi penguatkuasaan di seluruh negara terhadap majikan yang tidak mendaftarkan pekerjanya, kata ketua pegawai eksekutifnya, Datuk K. Selvarajah.

Beliau berkata, tarikh akhir untuk mendaftar ialah pada 1 September, dan tindakan akan dibuat selepas itu bagi mereka gagal mendaftar.

Bagaimanapun, beliau berkata, Perkeso akan memulakan program pendidikan keselamatan sosial pada Julai dan Ogos untuk memupuk kesedaran di kalangan majikan seperti faedah dan jenis perlindungan yang ditawarkan kepada pekerja mereka.

“Sepanjang dua bulan ini, kami tidak akan mengambil tindakan terhadap majikan sekiranya mereka dengan sukarela mendaftarkan pekerja mereka sebelum 1 September.

“Bagaimanapun, mereka masih perlu membuat caruman Socso untuk pekerja mereka,” katanya pada Isnin.

Beliau berkata, kira-kira 300 pegawai akan pergi ke premis-premis untuk mengenal pasti majikan yang gagal untuk mendaftarkan pekerja mereka dan akan mengeluarkan isu serta-merta selepas tarikh akhir 1 September.

Berhubung isu yang berkaitan, Selvarajah berkata, seramai 5,128 majikan dikenakan kompaun berjumlah RM3.22 juta tahun lepas di atas kegagalan mereka untuk mendaftarkan pekerja mereka termasuk lewat menghantar permohonan laporan kemalangan.

Beliau menambah, 3,326 majikan dikenakan kompaun berjumlah RM2.95 juta manakala 1,802 yang lain dikenakan denda RM265,960 yang didakwa.

Setakat Mei tahun ini, beliau berkata, kompaun berjumlah RM331,025 dikeluarkan kepada majikan yang ingkar, manakala denda dengan RM71,950 dikeluarkan terhadap 564 majikan yang didakwa.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan