Pembantu Rumah Indonesia: Majikan Hanya Tanggung RM6,200 Sebagai Kos Penggajian

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan di negara ini hanya perlu menanggung RM6,200 sebagai kos penggajian Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) atau pembantu rumah Indonesia daripada kadar baharu RM8,000, yang diumumkan Isnin.

Dalam satu kenyataan Selasa, Kementerian Sumber Manusia menjelaskan kadar baharu itu adalah termasuk RM1,800 yang boleh dibuat potongan gaji oleh majikan selama enam bulan.

"Ini bermakna kos yang perlu ditanggung majikan hanyalah RM6,200. Struktur kos yang diumumkan itu telah mengambilkira perbincangan bersama kerajaan Indonesia dan cadangan struktur kos yang dikemukakan oleh MRA (Malaysia Recruitment Agency) dan IRA (Indonesia Recruitment Agency) berjumlah RM8,500 hingga RM11,000,", menurut kenyataan itu.

Pada Isnin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia pada kadar RM8,000 setelah mengambil kira kos-kos yang wujud melibatkan kedua-dua negara.

Antara kos yang terlibat ialah latihan selama 200 jam, kos dokumen perjalanan, kos makanan dan penginapan pembantu rumah sebelum diserahkan kepada majikan, kos pengangkutan, kos pemeriksaan kesihatan serta bayaran kepada agensi pekerjaan di kedua-dua negara.

Menurut kenyataan itu, keputusan struktur kos baharu itu juga telah dibuat perbandingan dengan kos penghantaran pembantu rumah warga Indonesia ke beberapa negara penerima lain seperti Arab Saudi, Singapura, Taiwan dan Hong Kong yang secara purata adalah antara RM6,100 hingga RM8,900.

"Kos ini tidak termasuk kos-kos lain yang dikenakan agensi pekerjaan di negara penerima berkenaan," katanya.

Katanya Malaysia tidak mampu bersaing untuk menarik IRA supaya terus menghantar pembantu rumah warga Indonesia ke negara ini jika kerajaan masih mengekalkan struktur kos RM4,511 di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) 2011.

Katanya bagi tempoh 1 Disember 2011 hingga sekarang, jumlah pembantu rumah Indonesia yang dibawa masuk untuk bekerja di Malaysia hanya 290 orang berikutan beberapa faktor seperti struktur kos penggajian dan persaingan daripada negara penerima yang lain.

Katanya keputusan kerajaan menghentikan pengeluaran Journey Performed Visa (JP Visa) mulai 1 Oktober depan adalah langkah yang baik kerana boleh menjamin kos yang munasabah, penggantian, tapisan kesihatan, kompetensi pembantu rumah dan pematuhan standard perburuhan.

"Diharapkan dengan keputusan kerajaan yang terkini, Malaysia akan menjadi destinasi pilihan oleh IRA untuk menghantar pembantu rumah bekerja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan