PAS Terengganu Tidak Akan Boikot PRK Kuala Besut

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Wahid Endut.
Abdul Wahid Endut.

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu menolak cadangan DAP supaya memboikot pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut.

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut berkata, parti itu tidak akan membiarkan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi itu tanpa bertanding dan berkata, ia akan berjuang “habis-habisan” untuk menang dalam PRK yang genting itu.

“Isu boikot PRK tidak berbangkit. Kita akan bertanding di Kuala Besut,” kata Abdul Wahid pada sidang media di sini, Isnin.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Ahad mencadangkan PAS supaya memboikot PRK Kuala Besut bagi membantah “taktik kotor” oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

“Kita tidak akan membiarkan Barisan menang percuma,” tambah Abdul Wahid.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam berkata, PRK kali ini begitu genting buat Pakatan Rakyat kerana kemenangan untuk Pakatan Rakyat akan menjadikan perolehan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sama sebanyak 16 kerusi bagi kedua-dua pihak.

“Situasi ini belum pernah berlaku. Kami akan menjadikan pilihan raya kecil ini dengan bermatlamat untuk membentuk kerajaan baru.

“Pakatan mempunyai satu panel penasihat undang-undang yang akan mengkaji undang-undang dan mereka akan menasihatkan kita apakah yang mesti berlaku sekiranya DUN tergantung. Setahu saya, ia tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat, yang merupakan Adun Paka akan menjadi Pengarah PRK Kuala Besut bagi parti itu.

Abdul Wahid turut berkata, parti itu sudah membuat senarai pendek sebanyak tiga sehingga empat calon, dan akan mengumumkan selepas diberitahu mengenai tarikh PRK.

PRK Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian Adun, Dr. A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun.

Pada PRU-13 5 Mei lalu, Dr. A. Rahman mempertahankan kerusi Kuala Besut untuk BN dan menewaskan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan