Kos Ambil Amah Perlu Ikut Harga Pasaran - MAMA

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kos pengambilan amah Indonesia seharusnya mengikut harga pasaran berbanding diletakkan pada satu kadar yang tetap.

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata, ini kerana tiada jaminan kadar baru RM8,000 yang ditetapkan kerajaan pada Isnin akan bertahan lama.

"Harga baru itu tak gerenti berapa lama akan bertahan. Jadi biar kos tersebut ditentukan mengikut harga pasaran," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Engku Ahmad berkata kenaikan kos itu terlalu tinggi dan boleh membebankan majikan berpendapatan sederhana yang memerlukan khidmat amah terutama di kawasan bandar.

"Kita tidak bersetuju dengan kadar baru itu. Kalau naik sedikit mungkin boleh dipertimbangkan tetapi ini naik sekali ganda," katanya.

Beliau mengulas keputusan yang ditetapkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen, Isnin.

Menurut Engku Ahmad, kerajaan juga perlu menghuraikan secara terperinci mengenai kos-kos yang terkandung dalam kos keseluruhan tersebut.

"Sekurang-kurangnya majikan perlu dimaklumkan mengenai segala butiran terutamanya kos yang mendorong kepada penetapan kadar baru itu. Mereka ada hak untuk tahu," katanya.

Jelas beliau, melalui kajian yang pernah dibuat oleh MAMA, kos keseluruhan pengambilan amah hanya sekitar RM5,995.

"Itu kadar yang munasabah. Ia meliputi semua kos yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Mengenai Pekerja Domestik Indonesia di Antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia 2011," katanya.

Justeru itu, beliau menggesa kerajaan supaya mengkaji semula kos RM8,000 yang ditetapkan itu demi kepentingan rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan