Kabinet Bincang RCI 'Red Bean Army' Jumaat Ini

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan kewajaran cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tentera siber pembangkang, Red Bean Army (RBA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkara itu akan dibawa ke kabinet pada Jumaat ini.

Keputusan untuk membawa isu berkenaan ke Kabinet dibuat selepas menerima cadangan daripada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam melalui satu memorandum yang diserahkan kepada beliau pada Selasa.

Tambah Shahidan, kerajaan bersifat terbuka dan sedia menimbang kewajaran penubuhan suruhanjaya itu selepas dibincangkan dalam Kabinet.

"Pada pandangan kumpulan yang mewakili 130 NGO itu mereka mendakwa RBA sangat berbahaya jika dibiarkan berterusan tanpa penguatkuasaan.

"Selain banyak laporan polis telah dibuat terhadap tentera siber ini, mereka turut mendakwa RBA menerima sumbangan besar daripada pembangkang untuk menjalankan kegiatan mereka," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini.

Terdahulu, beliau menerima memorandum tersebut daripada Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib yang mewakili gabungan NGO itu.

Memorandum tersebut menyatakan gesaan kepada kerajaan bagi menyiasat secara mendalam dan terperinci peranan RBA menyerang institusi-institusi negara melalui media sosial supaya dilihat lemah.

Bantahan tersebut sebagai mengelak perpecahan masyarakat antara kaum negara ini.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan