Henti Persoal, Pertikai Kuasa Pelantikan Sultan Johor

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Jemaah Majlis Diraja Johor menasihati mana-mana pihak supaya tidak mengambil kesempatan menyoal atau mempertikaikan kuasa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam hal berkaitan pelantikan Datuk Tee Siew Kiong sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Yang Dipertuanya, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad berkata, kenyataan media yang dikeluarkan oleh beberapa pihak tertentu sebelum ini berhubung isu pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang itu, bukan sahaja boleh mengelirukan rakyat, malah telah diperbesar-besarkan dengan tujuan tertentu oleh pihak berkenaan.

"Sultan Johor mempunyai kuasa melantik di bawah Fasal 4, Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 untuk melantik sebuah majlis mesyuarat kerajaan serta melantik tidak lebih daripada 10 antara ADUN ke dalam Exco tersebut.

"Tuanku telah melantik seorang ahli daripada kaum Cina untuk memegang jawatan Exco bagi menentukan keadilan dan keseimbangan.

"Malah sejarah juga menunjukkan perwakilan kaum Cina ke dalam mesyuarat kerajaan pernah dibuat semasa Almarhum Maharaja Abu Bakar pada tahun 1873 bagi tujuan yang sama," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya Jemaah berdiri teguh bersama rakyat Johor menyokong atas titah perkenan Sultan Johor yang bertujuan menegakkan keadilan dengan pelantikan Tee sebagai Exco.

MCA bertindak menggantung keanggotaan Tee selama tiga tahun pada 20 Jun lalu kerana menerima jawatan Exco. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan