Dewan Rakyat Gamat Isu Penceroboh Sulu

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa gamat apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mempersoalkan kelewatan kerajaan menangani isu pencerobohan pengganas Sulu di Pantai Timur Sabah.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mula mencetuskan kekecohan apabila enggan menerima jawapan yang diberikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaffar berhubung prosedur rundingan yang diambil pihak berkuasa dalam isu tersebut.

"Jawapan ini tidak boleh diterima. Kenapa ambil masa yang lambat? Kenapa masih perlu ada rundingan dengan orang penceroboh?" katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Terdahulu ketika menjawab soalan Bung, Wan Junaidi memberitahu Dewan bahawa pihak keselamatan hanya mengetahui kawasan persempadanan negara diceroboh pengganas selepas anggota polis diserang.

"Pada mulanya kita tak mengetahui, hanya selepas penyelidikan pertama baru kita tahu bahawa mereka bersenjata dan cuba hancurksn negara.

"Selepas itu polis memulakan penyiasatan dan apabila polis diserang baru kita tahu kelompok ini adalah pengganas," katanya.

Selain itu menurut Wan Junaidi, pihak berkuasa Malaysia perlu bekerjasama dengan kerajaan Filipina dalam menyelesaikan konflik pencerobohan Sulu di Lahad Datu.

"Menerusi semangat Asean dan serantau, kita mesti melibatkan Filipina. Sebab itulah siasatan yang kita buat memakan masa yang banyak.

"Kita tidak mengetahui siapa mereka yang berada di dalam hutan dan di tepian pantai yang menyerang kita. Kita kena bekerjasama dengan mereka dalam siasatan ini," katanya.

Jawapan Wan Junaidi sekali lagi mengundang rasa tidak puas hati ahli Dewan apabila Datuk Ghaffur Salleh (BN-Kalabalakan) berterusan mempertikaikan langkah pencegahan yang diambil kerajaan terutama dalam menjamin keselamatan rakyat Sabah.

"Kalau orang masuk rumah saya dengan senjata, apa saya buat? Mereka buli saya lagi. Mahu runding lagi? Tentu tidak boleh. Saya ambil short gun, saya terus tembak sahaja.

"Ini bererti kita lalai, kita biarkan rundingan terlalu lama. Mereka mahu tuntut Sabah. Kenapa ambil masa lama. Ada Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) pun belum rasa selamat," kata Ghaffur.

Bagaimanapun usaha Wan Junaidi untuk cuba meredakan kemarahan Ghaffur dengan memberi jaminan bahawa rakyat Sabah boleh berasa selamat dengan kewujudan Esscom, mengundang celahan sinis ahli politik senior Sabah itu.

"Kita tak rasa terjamin. Jadi kita tak mahu timbalan menteri kata kita rasa terjamin," tegas Ghaffur.

Selain itu Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) turut membangkitkan mengenai kecekapan agensi penguatkuasa negara menangani pencerobohan di Lahad Datu.

Menjawab mengenai persoalan itu, Wan Junaidi berkata, kewujudan Esscom yang meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer merupakan langkah terbaik yang diambil kerajaan.

Katanya, kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam Esscom ialah Kudat, Kunak, Sandakan dan Tawau.

"Jangan kita kata kerajaan tak ambil tindakan, apa yang berlaku boleh disebut sebagai 'wake up call' kepada kita untuk memperketatkan kawasan sempadan, sebab itulah kita tubuhkan Esscom," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan