Bung Usik Azmin Isu MB Selangor

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbahasan Dewan Rakyat pada Selasa mencuri tumpuan apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengusik Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung jawatan Menteri Besar Selangor.

Bung menyuarakan rasa simpatinya terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang disifatkan 'diketepikan' oleh partinya sendiri bagi kedudukan orang nombor satu di Selangor selepas pembangkang berjaya mengekalkan penguasaan di negeri itu bagi penggal kedua.

Malah Bung turut memuji pendirian Mohamed Azmin yang menurutnya tidak sependirian dengan pakatan pembangkang berhubung penganjuran perhimpunan Black505 bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Saya puji sikap Gombak, beliau tidak ikut mana-mana jelajah untuk bantah... Saya bagi beliau peluang kepadanya untuk mencelah.

"Dia bertindak luar biasa, tapi sayang tidak dipilih menjadi Menteri Besar," katanya sebelum memberi laluan kepada Mohamed Azmin mencelah perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Bagaimanapun Mohamed Azmin sempat memberi kenyataan sinis terhadap Bung kerana turut tidak dipilih menganggotai Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Walaupun Kinabatangan bagi laluan, saya nak bagi penjelasan itu sangkaan jahat. Saya terlibat secara langsung dalam Black505 kerana ia merupakan perkara asas untuk hak rakyat berhimpun.

"Soal saya tak jadi Menteri Besar tak mengapa. Tapi Kinabatangan selayaknya menjadi menteri mewakili rakyat Sabah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan