Bumburing Masih Sukar Buat Keputusan Sertai DAP

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wilfred Bumburing.
Wilfred Bumburing.

KOTA KINABALU: Langkah politik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Bumburing seterusnya dipantau kerana para pemimpin di kalangan Kadazandusun dalam Pembangkang berebut-rebut untuk memimpin.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Bumburing sedang merancang untuk menyertai sama ada DAP atau PKR, atau membentuk sebuah parti baru yang berpangkalan di Sabah bagi memimpin masyarakat ekoran sokongan merosot untuk pemimpin Kadazandusun dalam parti komponen Barisan Nasional.

Keputusan Bumburing akan menjadi begitu genting, terutama dengan Adun Bingkor, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang mengetuai Parti Bersatu Sabah (PBS), mengintai peluang untuk mengambil alih peranan kepimpinan dalam pembangkang.

"Saya tidak tergesa-gesa, masih ada banyak masa (untuk memutuskan)," kata Bumburing yang membentuk Angkatan Perubahan Sabah (APS), menjajarkan dirinya dengan Pakatan Rakyat, pada tahun lepas.

Bumburing, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi gagal dalam cubaan beliau untuk mengekalkan kerusi Parlimen Tuaran, daripada Barisan, berkata keputusan itu akan disokong oleh suara-suara ahli APS.

"Saya tidak boleh membuat keputusan ini seorang diri. Kita perlu mengadakan perbincangan yang serius di kalangan penyokong.

"Setakat yang APS tahu, kami komited untuk PR," kata beliau dalam menegaskan keputusan yang dibuat akan berdasarkan kepada konsensus.

Bumburing masih lagi menyimpan keputusan mengenai parti politiknya, namun khabar angin yang bertiup kencang bahawa beliau mungkin beralih kepada DAP kerana keputusan pilihan raya pada 5 Mei lalu di Sabah menunjukkan bahawa pengundi Pembangkang memilih parti-parti kebangsaan daripada parti-parti negeri.

Kecuali Dr Kitingan, kebanyakan calon-calon dari PBS dan Parti Maju Sabah (SAPP) telah ditewaskan dalam persaingan antara Barisan dan Pakatan.

Idea Bumburing menubuhkan sebuah parti tempatan yang baru akan kekal kemungkinan berlaku walaupun pemerhati merasakan beliau harus mempertimbangkan parti-parti pembangkang nasional untuk mencerminkan suasana politik semasa di negeri ini.

Sebagai orang yang berkepentingan, bekas ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin, yang juga membentuk satu gerakan yang hampir sama untuk perubahan dan sejak menyertai PKR, Bumburing mungkin mendapati lebih banyak ruang dalam DAP Sabah untuk meneruskan isu-isu Sabah dan masyarakat.

Lajim dilihat secara meluas memainkan peranan dalam pembangkang mewakili Bumiputera Islam dan disebut-sebut untuk mengambil alih jawatan ketua PKR Sabah selepas dilantik sebagai Ketua Pembangkang di DUN bulan lepas.

Pemerhati berkata, dengan kekalahan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok di kerusi Parlimen Penampang, dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang merupakan presiden Parti Bersatu Sabah, mungkin bersara pada akhir penggal ini, dan semua mata akan tertumpu pada siapa yang muncul sebagai pemimpin Kadazandusun akan datang.

Walaupun sama ada Bumburing atau Dr Kitingan, kedua-duanya dalam lingkungan 60-an, boleh muncul sebagai pemimpin utama, yang lain, Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking, mungkin akan menghangatkan cabaran itu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan