Adun Sri Andalas Minta Selangor Luluskan Akta Larang Minum Arak di Tempat Awam

Diterbitkan: Selasa, 2 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar meminta kerajaan negeri Selangor meluluskan akta yang melarang orang awam minum arak secara terbuka di tempat awam.

Beliau berkata akta berkenaan perlu disegerakan kerana perbuatan minum arak di tempat awam menyebabkan berlakunya peningkatan kes jenayah sosial serta masalah keruntuhan rumah tangga di negeri itu.

"Kita minta dewan ini segera luluskan akta melarang minum arak di tempat awam seperti tempat rekreasi dan padang permainan.

"Perbuatan minum arak di tepi padang permainan sebagai contoh menimbulkan vandalisme terhadap prasarana yang disediakan,apabila botol-botol arak yang telah pecah ditinggalkan di tepi padang bola ," katanya ketika membahas titah ucapan Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor pada Selasa.

Xavier yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri berkata undang-undang berkenaan telah dilaksanakan beberapa negara maju seperti Sepanyol, Australia, Finland dan Amerika Syarikat.

"Penguatkuasaan ini perlu dicontohi, orang awam yang minum (arak) perlu dapst kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini juga dapat membendung gejala sosial di tempat awam," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri mengharamkan penjualan arak jenis murah dan tidak berkualiti.

"Pengambilan arak yang tidak terkawal ini telah mula menyusup ke sekolah dan masalah sosial seperti ini bukan persepsi semata-mata. PBT perlu memantau kedai- kedai yang menjual arak jenis murah ini," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan