Tokoh Akademik Awang Had Salleh Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Awang Had Salleh.
Dr Awang Had Salleh.

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik Tan Sri Dr Awang Had Salleh, 79,menghembuskan nafas terakhir awal pagi Isnin.

Menurut anaknya Nazman, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 3.03 pagi Isnin di Hospital Putrajaya.

Katanya, jenazah akan dibawa ke rumah seorang lagi anaknya di Presint 10, Putrajaya sebelum dikebumikan di Presint 20, pada Isnin.

Sementara itu, menantu Allahyarham yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, bapa mertuanya meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.

Selain tokoh akademik, Dr Awang yang dilahirkan di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 24 Jun 1934 juga merupakan sasterawan negara.

Beliau memperoleh ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya pada 1967 manakala ijazah kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi dari Stanford University, California serta dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan dari Lancaster University, United Kingdom pada 1969.

Antara pembabitan awal Dr Awang ialah sebagai Penjadi Penolong Pensyarah/Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada 1974.

Kerjaya akademiknya memuncak dengan pelantikannya sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan seterusnya Naib Canselor Pertama Universiti Utara Malaysia (UUM) antara 1980 sehingga 1984 sebelum persaraannya.

Beliau juga pernah menjadi Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula pada 1996.

Antara jawatan lain yang pernah disadang Dr Awang ialah Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan dan Penasihat Kehormat Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN).

Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Dr Awang juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk banyak buku, risalah, dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya.

Novel sulung tulisan beliau berjudul 'Biru Warna' pada 1966.

Antara buku yang ditulis Dr Awang ialah Warna-warna pengalaman seorang guru, Pendidikan ke arah perpaduan : sebuah perspektif sejarah, Merah, kuning, biru dan Universiti sebagai taman minda : Universiti Kebangsaan Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan