Populariti Calon Bukan Jaminan Tawan Hati Penduduk Kuala Besut - Idris

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Idris Jusoh.
Idris Jusoh.

BESUT: Populariti calon bukan satu jaminan atau kelebihan untuk menawan hati pengundi pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kata Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, pengundi di kawasan itu tidak mudah termakan dakyah dan menyokong calon sembarangan yang tidak dikenali secara dekat.

"Pengundi di Kuala Besut yang majoritinya nelayan telah saya kenali sejak bertahun lamanya ketika menjadi wakil rakyat dan mereka mempunyai prinsip sendiri dalam soal menentukan wakil rakyat mereka," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan beberapa media cetak mengenai ura-ura pembangkang meletakkan pendakwah bebas terkenal Ustas Azhar Idrus (UAI) sebagai calon PAS pada pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar Rabu lepas akibat kanser paru-paru.

Idris yang juga Menteri Pendidikan II berkata, jika penduduk Kuala Besut tidak memilih calon Barisan Nasional (BN), segala rancangan yang diatur sebelum ini tidak akan dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Sementara itu, beliau berkata, Umno bahagian Besut akan menyenaraikan nama tokoh-tokoh anak tempatan termasuk pentadbir agama, pendidik, pegawai tadbir dan bekas pegawai kanan kerajaan kepada Pengerusi BN untuk dicalonkan pada pilihan raya kecil itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan