PM Dan Cameron Bakal Saksikan Pecah Tanah Projek Battersea

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Sejarah bakal tercipta pada minggu ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya dari British, David Cameron akan menyaksikan majlis pecah tanah pembangunan Stesen Kuasa Battersea di sini.

Projek ini mencipta gelombang di seluruh Eropah kerana buat kali pertama, pemaju Malaysia menjejakkan kaki di London untuk mengubah senario pasaran hartanah.

Tahun lepas, SP Setia Bhd, dalam usaha sama dengan Sime Darby Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mengalahkan pesaing seperti Tabung Haji dan Roman Abramovich untuk aset yang begitu bernilai menerusi perjanjian £400 juta (RM1.92bil).

Lebih 95% daripada fasa pertama 866 pangsapuri mewah telah dijual dalam masa beberapa hari untuk pelabur tempatan dan asing. Sebenarnya, ia merupakan salah satu jualan projek pembangunan yang paling pesat dalam sejarah di London.

Pemaju Malaysia menetapkan satu penanda aras baru dalam kehidupan bandar kontemporari. Mereka adalah yang terbesar dari segi nilai kasar projek pembangunan Batterse yang berkeluasan 39 ekar kerana rakyat London biasanya hanya membangunkan satu atau dua ekar.

Tan Sri Liew Kee Sin, yang merupakan pengerusi syarikat usaha sama Syarikat Kumpulan Stesen Kuasa Battersea, berkata ia adalah "peluang besar bagi kita untuk menjadi sebahagian daripada salah satu lokasi yang terbesar di London dengan stesen kuasa yang berdiri sebagai tunjang yang ikonik."

Battersea pernah dipaparkan dalam filem The Beatles yang bertajuk “Help!” pada tahun 1965, album Pink Floyd berjudul “Animals” dan siri televisyen “Dr Who”.

Ikon stesen kuasa itu akan menjadi tunjang kepada "projek semula pelbagai guna" bernilai £8 bilion (RM38.44 bilion) yang menyediakan 25,000 pekerjaan.

"Wawasan baru ini akan bersama-sama mewujudkan perumahan, pekerjaan, perkhidmatan, kedai, seni dan rekreasi di kawasan yang kreatif ditakrifkan oleh kebudayaan dan ruang awam yang berkualiti tinggi. Ia akan menjadi sebuah pusat bandar baru yang dinamik untuk London Borough Wandsworth," kata Liew.

Selepas menamatkan lawatannya ke Tanzania, Najib akan merasmikan pecah tanah projek Stesen Kuasa Battersea bersama-sama dengan Cameron pada Khamis.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan