Penggubalan Seksyen 107(b) Rujuk Perlembagaan Persekutuan - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peruntukan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 berhubung persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penggubalan RUU itu juga dibuat berdasarkan Keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes pertikaian kanak-kanak 'diislamkan' tanpa persetujuan kedua-dua waris.

"Kabinet sudah bincang dengan mendalam, kita faham perlunya ada keputusan yang lebih adil.

"Tapi kita juga faham dalam keadaan sedia ada ini, ada beberapa panduan yang kita gunakan iaitu keputusan mahkamah berhubung kes yang sudah berlaku dan peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuaan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 memperuntukkan bahawa persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam.

Kandungan seksyen itu dilihat oleh banyak pihak termasuk komponen Barisan Nasional (BN) sebagai bertentangan dengan keputusan kabinet yang diumumkan pada 23 April 2009, iaitu bahawa agama seseorang kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak.

MIC membuat kenyataan umum bahawa parti itu tidak dilibatkan dalam perbincangan tentang Seksyen 107(b) rang undang-undang berkenaan manakala Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu pula telah menyifatkan cadangan untuk memperkenalkan peruntukan tersebut sebagai "mengejutkan" serta "licik" dan beliau menganggap langkah tersebut berlawanan dengan perdamaian nasional yang sedang banyak diperkatakan.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, kerajaan sedang mengambil kira pandangan semua pihak mengenai bantahan itu.

Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan membuat pengumuman khas mengenai RUU itu.

"Kita ambil perhatian, kita faham ada beberapa perkara yang menjadi perhatian umum sama ada masyarakat Islam dan bukan Islam.

"Kita akan teliti, Datuk Seri Jamil Khir akan buat pengumuman tertentu sama ada sebelum RUU itu dibentangkan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan