Mandat Seksyen 107(B) Diserahkan Kepada Jamil Khir - Berita Semasa | mStar

Mandat Seksyen 107(B) Diserahkan Kepada Jamil Khir

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mandat berhubung Seksyen 107(B) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah persekutuan) 2013, cadangan membenarkan salah seorang daripada ibu atau bapa menukar agama anak di bawah umur kepada Islam, kini diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata perkara tersebut diputuskan selepas mesyuarat Kabinet pada Jumaat lepas.

"Kerajaan sememangnya peka dan prihatin terhadap suara dan pandangan rakyat yang berlainan agama dan budaya.

"Justeru itu kerajaan amat mengambil berat terhadap kebimbangan daripada sesetengah rakyat bukan agama Islam dan pertubuhan bukan kerajaan terhadap seksyen itu," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini Isnin.

Beliau berkata justeru itu Jamil Khir akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat yang dikira menjurus kepada kebaikan semua pihak.

Mengikut cadangan pindaan Seksyen 107 yang dibacakan pertama kali di Dewan Rakyat pada Rabu lepas, persetujuan salah seorang daripada ibu atau bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan