Kerajaan Tidak Layan Tangguh Laksana Gaji Minimum

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia tidak akan melayan sebarang permohonan dari mana-mana syarikat untuk menunda pelaksanaan gaji minimum kepada pekerja tempatan atau asing selepas tempoh berbuat demikian berakhir pada Isnin.

Menterinya, Datuk Richard Riot berkata sehingga 30 Jun lalu, sejumlah 743 lagi permohonan penundaan diterima untuk diproses dan dijangka siap dalam waktu terdekat.

"Mulai 1 Januari 2014, kementerian tidak akan memberi sebarang pengecualian kepada mana-mana syarikat yang dikehendaki membayar gaji meninimum RM800 sebulan di Sabah, Sarawak serta Labuan selain RM900 di Semenanjung Malaysia.

"Saya berharap agar setiap syarikat mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012 yang telah ditetapkan ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Tambah Richard, sebelum ini kementeriannya memberi kelonggaran kepada semua syarikat dengan memperkenalkan tiga fasa penundaan bermula Disember 2012 hingga 31 Disember tahun ini.

Katanya, pada 28 Disember 2012, sebanyak 632 majikan individu dan selebihnya majikan-majikan yang menjadi ahli Persatuan-persatuan Pengusaha Bas Awam, Persatuan Kawalan Keselamatan Malaysia dan Persatuan Hotel-Hotel diberi penundaan pelaksanaan gaji minimum bagi tempoh-tempoh tertentu iaitu sehingga 1 April 2013, 1 Julai 2013 dan 1 Oktober 2013.

"Manakala pada 28 Mei 2013, penundaan diberi kepada PKS secara keseluruhan (blanket) bagi pekerja asing mulai 1 Jun 2013 hingga 31 Disember 2013. Ini bermakna bagi pekerja tempatan, majikan PKS dikehendaki membayar gaji minimum seperti mana yang tertakluk kepada undang-undang.

"Selain itu, pada tarikh yang sama, seramai 40 majikan besar (bukan PKS) telah diberikan penundaan pelaksanaan gaji minimum bagi pekerja asing mereka sehingga 31 Disember 2013," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan