Kedah Mahu Bincang Dengan P.Pinang Mengenai Caj Air Mentah

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah berharap Pulau Pinang tidak menolak permintaannya untuk mengenakan caj bekalan air mentah dari Sungai Muda ke negeri itu sebelum perbincangan peringkat pegawai diadakan.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri mempunyai hujah berasas untuk mengenakan caj walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng awal-awal lagi mengemukakan alasan kerana enggan membayar.

"Kenyataan Lim Guan Eng bersabit perkara itu baru-baru ini seolah-olah beliau menolak permintaan Kedah. Saya harap dia lebih terbuka dalam soal ini," kata Mukhriz kepada pemberita apabila diminta mengulas jawapan Guan Eng berhubung perkara itu.

Baru-baru ini, Lim berkata kerajaan negeri tidak akan membayar caj air mentah yang diminta Kedah dengan alasan air anugerah Tuhan adalah percuma dan mengikut undang-undang antarabangsa negeri itu tidak perlu membayar sesenpun kepada Kedah.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga berkata air yang diambil oleh syarikat bekalan air negeri itu adalah dari sungai di sebelah negeri itu, bukan dari Kedah.

Syarikat bekalan air Pulau Pinang juga didakwa memberi maklumat salah kerana ia sebenarnya membuat untung sangat besar hasil jualan air terawat.

Kerajaan Pas Kedah sebelum pilihan raya umum ke-13 lepas telah mengambil tindakan untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM20 juta setahun kepada Pulau Pinang.

Antara alasan kerajaan negeri Kedah mengenakan caj tersebut ialah bagi menampung kos penyelenggaraan sungai dan kawasan tadahan hujan di kawasan empangan Pedu yang membekalkan air ke Sungai Muda.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan tauliah pelantikan ahli-ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Wisma Darul Aman di sini Ahad, Mukhriz berkata beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang Negeri mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat mereka dari Pulau Pinang.

"Proses perbincangan ini perlu sebelum kita boleh berunding mengenai caj yang hendak dikenakan. Jika tidak dapat berunding macam mana kita nak mulakan perundingan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata enakmen mengenai garis panduan hiburan sepanjang Ramadan telah ada dan diguna pakai sepanjang tahun tetapi pada bulan puasa ia lebih khusus kerana perlu untuk menjaga sensitiviti agama.

"PBT telah diingatkan agar ketetapan garis panduan sepanjang bulan puasa dipatuhi oleh semua pengusaha pusat-pusat hiburan," katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Muhkriz berkata kerajaan negeri bercadang mewujudkan satu pusat panggilan bagi memudahkan rakyat membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan perkhidmatan awam dalam masa terdekat.

Katanya kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap masalah perumahan, utiliti dan membasmi kemiskinan dan sehubungan itu mahu ahli-ahli majlis PBT mengamalkan sikap terbuka, mudah didekati dan sentiasa bermusyawarah dalam usaha merakyatkan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan