Hubungan Baik Dengan Negara Lain Jana Peluang Hebat Untuk Malaysia - PM

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia berupaya menjana peluang yang hebat menerusi hubungan baiknya dengan negara lain.

Perdana Menteri berkata terdapat peningkatan jumlah negara yang membuka peluang kepada Malaysia untuk membuat pelaburan.

"Lebih banyak negara yang membuka peluang kepada Malaysia untuk melabur. Hubungan baik kita ternyata mampu menjana peluang yang hebat," katanya dalam akaun Twitter beliau, Isnin.

Najib kini melakukan lawatan kerja empat hari ke United Kingdom bagi memperkukuh hubungan baik antara kedua-dua negara.

Sebelum itu, Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia ke Dialog Perkongsian Bestari Global bertema 'Memanfaatkan Teknologi Bagi Transformasi Sosioekonomi Afrika' di Dar Es Salaam, Tanzania.

Najib juga menulis dalam laman Twitter beliau bahawa pelan tindakan Program Transformasi Ekonomi Tanzania (ETP) sudah siap.

Beliau berharap pelan itu dapat dilaksana dengan jayanya di negara berkenaan memandangkan ia mengadaptasi amalan terbaik Program Transformasi Ekonomi Malaysia bagi memenuhi keperluan Tanzania.

Najib juga berkata beliau mengadakan perbincangan bermanfaat dengan Presiden Uganda Yoweri Museveni yang menyentuh kepentingan bersama.

Perdana Menteri turut menulis dalam tweetnya bahawa seramai 40,000 orang akan dilatih di bawah program Sokongan 1Malaysia untuk Suri Rumah.

"Ini peluang yang bagus untuk mereka menambah pendapatan isi rumah masing-masing," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan