Dakwaan RM200 Juta Bonus Kepada Petugas SPR Tidak Benar - Shahidan

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan peruntukan sebanyak RM200 juta yang didakwa diberi kerajaan sebagai bonus kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak benar.

Sebaliknya, beliau berkata wang tersebut adalah elaun sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab mereka dalam membantu melicinkan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

"RM200 juta adalah elaun kepada 240,000 petugas dan pekerja SPR. Laporan awal yang mengatakan ia bonus adalah tidak benar...ia hanyalah elaun.

"Dalam jawapan bertulis itu tiada perkataan bonus, saya hanya tulis bayaran perkhidmatan dan saguhati. Itu saja," kata Shahidan.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan peruntukan RM200 juta telah diluluskan sebagai bayaran bonus kepada semua petugas SPR.

Shahidan menerusi jawapan bertulisnya yang diedarkan di Dewan Rakyat pada pagi Isnin memaklumkan Kementerian Kewangan telah meluluskan kos perbelanjaan PRU-13 sebanyak RM400 juta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan