Algeria Tawar Petronas Bida Teroka Minyak

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DAR ES SALAAM (Tanzania): Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Algeria menawarkan Petronas untuk membida projek penerokaan minyak di negara itu manakala perundingan juga sedang dilaksanakan bagi membolehkan syarikat-syarikat Malaysia membina lebuh raya dan hospital pakar di Tanzania.

Perdana Menteri berkata rakan sejawatannya dari Algeria Abdelmalek Sellal membuat tawaran itu semasa mereka melakukan pertemuan dua hala di luar jadual Dialog Perkongsian Pintar Global di Pusat Konvensyen Antarabangsa Julius Nyerere di sini, Ahad.

Bagi pelaburan di Tanzania, Najib berkata United Engineers Malaysia (UEM) sedang berunding untuk membina lebuh raya bertol menghubungkan bandar raya komersil ini dan bandar raya tepi pantai ke bahagian lain negara itu.

"Lebuh raya itu penting kerana pelabuhan Dar es Salaam juga merupakan pintu masuk bagi Rwanda, Zambia dan Burundi untuk mengimport dan mengeksport barangan masing-masing," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Katanya terdapat juga perancangan bagi satu syarikat penyedia penjagaan kesihatan Malaysia untuk membina satu hospital pakar di bandar raya ini.

Najib berkata Museveni telah cuba mendapatkan pelabur Malaysia untuk menubuhkan satu kilang pemprosesan biji kopi di Uganda supaya mereka boleunh mengeksport kopi yang telah diproses berbanding dengan biji kopi mentah di dalam usaha meningkatkan pendapatan negara itu. "Uganda kini menerima pulangan yang kecil dengan hanya mengeksport biji kopi mentah walau pun mereka merupakan salah satu pengeksport biji kopi utama berbanding dengan pulangan yang besar jika mereka boleh mengeksport kopi yang telah diproses," katanya. Najib berkata Uganda turut berminat untuk menjemput Pengeluar Kuasa Bebas (IPP) Malaysia untuk melabur di negara itu. Najib, Kikwete dan Museveni adalah antara 14 ketua kerajaan dan negara yang menghadiri dialog itu. Najib berkata peluang perniagaan bernilai kira-kira RM600 juta di Afrika dijana oleh 28 syarikat Malaysia yang menyertai pameran Teknologi, Produk dan Perkhidmatan Malaysia yang diadakan bersempena dengan dialog itu di tempat yang sama. Syarikat-syarikat Malaysia itu mewakili lima industri utama - pertanian, tenaga, ICT, produk dan perkhidmatan. Najib berkata beliau juga berusaha mendapatkan sokongan negara-negara Afrika yang menghadiri dialog itu bagi menyokong Malaysia apabila ia berusaha mendapatkan sokongan sebagai negara anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tempoh 2015-2016.

"Sambutan mereka adalah menggalakkan," katanya.

Ketika ditanya sama ada Malaysia akan menukar pendekatan dasar asingnya bagi memberi tumpuan terhadap rantau ini berikutan perkembangan sesetengah negara besar yang memberi lebih tumpuan ke benua itu kebelakangan ini, Najib berkata setiap benua mempunyai potensinya yang tersendiri.

"Dasar kita ialah kita lihat semua kelompok yang kita boleh buat hubungan strategik. Kita tak boleh beri tumpuan di sini sahaja.

"Kita boleh buat kesesuaian mengikut keperluan keadaan seperti pelaburan langsung asing, pasaran dan teknologi (apabila mengadakan hubungan dengan setiap benua) dari masa ke semasa," katanya.

Menjawab soalan lain, Najib berkata Malaysia tiada masalah di dalam hubungannya dengan negara-negara Afrika kerana mereka mengetahui bahawa Malaysia ikhlas membantu mereka melalui keadaan menang-menang.

Katanya Malaysia akan menjadi hos Dialog Perkongsian Pintar pada 2015.

Dialog itu menjadi platform bagi ketua-ketua kerajaan, pemimpin perniagaan, saintis dan ahli akademik untuk bertemu dan membincangkan idea dan pengalaman berkaitan sains, teknologi dan inovasi dan bagaimana ia boleh merangsang pembangunan sosioekonomi. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan