Abdul Azeez Abdul Rahim Dilantik Pengerusi Tabung Haji

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa Isnin.

Abdul Azeez, yang juga anggota Lembaga Pengarah TH sejak 2011, menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.

"Pelantikan Datuk Haji Abdul Azeez sebagai pengerusi TH, diyakini mampu meneruskan kesinambungan TH, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang," kata TH dalam satu kenyataan Isnin.

Menurut TH, ini kerana Abdul Azeez dikenali sebagai seorang yang berwawasan dan mempunyai visi luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosioekonomi komuniti sejagat.

Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling selain anggota Majlis Tertinggi Umno sejak 2008.

Kenyataan TH juga menyebut Abdul Azeez menubuhkan Kelab Putera 1Malaysia pada 2010 dan sangat aktif dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara.

"Beliau terkenal dengan kerja sukarelawan dan misi kemanusiaan," katanya. Antara misi yang dijayakan Abdul Azeez ialah bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan