42 Adun Pahang Angkat Sumpah Jawatan

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seramai 42 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang pada Isnin mengangkat sumpah jawatan sebelum bermulanya penggal baharu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Seri Pahang, di sini.

Majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob diikuti 10 anggota Exco dan Adun yang lain.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang yang baru dilantik, Datuk Ishak Muhammad.

Terdahulu, Ishak yang merupakan bekas Adun Bebar mengangkat sumpah jawatan sebagai Speaker baru, menggantikan Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.

Beliau mengangkat sumpah memegang jawatan itu selepas pelantikannya dicadangkan Adnan dan disokong anggota Exco Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin.

Selepas majlis mengangkat sumpah semua Adun, Adnan mencadangkan nama Adun Jenderak, Datuk Muhammed Jaafar sebagai Timbalan Speaker dan disokong Mohd Sharkar.

Persidangan DUN Pahang penggal ke-13 itu akan dirasmikan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, pada Selasa sebelum bersidang sehingga 8 Julai.

Pada pilihan raya umum baru-baru ini, BN kekal meneraju Pahang selepas memenangi 30 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan, sementara pembangkang memenangi 12 kerusi iaitu tujuh kerusi oleh DAP, PAS (2) dan Parti Keadilan Rakyat (2).

Ketika berucap sebelum persidangan dewan ditangguhkan, Ishak berkata semua wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat hendaklah memikul hasrat dan aspirasi rakyat dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

"Suara dan kemahuan rakyat hendaklah disampaikan secara telus di dalam dewan ini kerana rakyat memberi keyakinan pada anda semua untuk mewakili mereka," katanya.

Beliau berkata, semua wakil rakyat juga menjadi akar umbi dan inti pati dalam proses mengarusperdanakan agenda pembangunan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan