Siaran Langsung Sidang Dewan Rakyat Ditambah 30 Minit Bermula Esok

Diterbitkan: Ahad, 30 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Waktu siaran langsung persidangan Dewan Rakyat di saluran TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM) ditambah kepada sejam setengah bermula 10 pagi esok berbanding sejam sebelum ini.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhayati Ismail berkata tambahan 30 minit itu dibuat berikutan sambutan menggalakkan penonton terhadap perjalanan persidangan itu yang bermula Selasa lepas.

"Hari pertama dan kedua persidangan itu mendapat rating yang hebat dengan lebih sejuta penonton termasuk dari Sabah dan Sarawak mengikuti siaran langsung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mini Sukan RTM 2013 bagi acara boling di Cosmic Bowl di Mid Valley Megamall di sini Ahad.

Seramai 270 peserta menyertai pertandingan itu untuk memilih wakil RTM Angkasapuri ke Karnival Sukan RTM 2013 pada November depan di Sabah.

Norhayati berkata siaran langsung itu juga dapat disaksikan secara atas talian di portal RTM di rtmparlimen.rtm.gov.my. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan