Pasangan Berkahwin Digesa Daftar Perkahwinan Untuk Terima Insentif - MB Selangor

Diterbitkan: Ahad, 30 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anak Selangor atau pemastautin di negeri ini selama 15 tahun yang melangsungkan perkahwinan tahun ini digesa mendaftar perkahwinan di 56 pusat khidmat masyarakat seluruh Selangor untuk menerima insentif perkahwinan belia.

Menggesa demikian, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian insentif RM200 seorang itu adalah untuk pasangan berumur 35 tahun ke bawah.

Mereka diminta mendaftarkan nama di pusat khidmat masyarakat masing-masing selepas tiga bulan bernikah bagi yang beragama Islam, atau bagi bukan Islam, perkahwinan mereka didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara.

"Dengan mendaftar, pihak kerajaan negeri mempunyai maklumat bagi memberi bantuan tambahan seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) jika mereka mendapat anak, dan mengenal pasti calon-calon yang layak menerima perumahan mampu milik yang bakal dibangunkan kerajaan negeri, " kata Abdul Khalid selepas menyampaikan insentif itu kepada lebih 100 pasangan di sini, Ahad.

Buat masa ini, katanya, hanya 170 pasangan telah mendaftar dengan kerajaan negeri bagi mendapatkan kemudahan itu.

Abdul Khalid berkata pemberian insentif bagi fasa pertama adalah sebanyak RM400 setiap pasangan dan akan dinaikkan kepada RM500 pada masa akan datang.

Beliau berkata bagi pasangan beragama Islam, pemberian insentif itu akan dilaksanakan menerusi simpanan di Lembaga Tabung Haji manakala bagi bukan Islam menerusi Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

"Walaupun jumlah RM200 itu kecil bagi sesetengah individu tetapi ia dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pengantin baru dan pemberian menerusi bentuk simpanan itu akan dapat mendidik mereka menabung untuk masa hadapan mereka dan anak-anak," katanya.

Abdul Khalid berkata setiap tahun Selangor mencatatkan lebih 25,000 pasangan yang berkahwin dengan 18,000 daripadanya pasangan beragama Islam dan selebihnya bukan Islam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan