Malaysia Mahu Myanmar Tangani Isu Keganasan Dengan Segera

Diterbitkan: Ahad, 30 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa kerajaan Myanmar supaya mengambil tindakan segera bagi menangani keganasan berterusan antara kaum di negara itu.

Gesaan itu disuarakan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar Myanmar Wunna Maung Lwin di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean ke-46 (AMM) di Bandar Seri Begawan, Brunei yang bermula Sabtu.

Satu kenyataan daripada Sekretariat Kebangsaan Malaysia-Asean, Kementerian Luar di sini Ahad, berkata Anifah menyampaikan kebimbangan Malaysia terhadap keganasan yang berterusan itu sambil berkata ia juga menjejaskan negara-negara jiran termasuk Malaysia.

Anifah juga menggesa kerajaan Myanmar supaya mengambil langkah perlu bagi membawa mereka yang terbabit melakukan keganasan ke muka pengadilan secara adil dan telus.

Menteri itu juga mahu mendapatkan persetujuan kerajaan Myanmar bagi membenarkan Kumpulan Hubungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) melawat Myanmar dan diberi kerjasama sepenuhnya bagi memenuhi mandatnya.

Anifah mengetuai delegasi Malaysia pada siri mesyuarat berkaitan Asean di Bandar Seri Begawan dari 29 Jun hingga 2 Julai.

Selain AMM ke-46, mesyuarat-mesyuarat lain termasuk Persidangan Pasca Menteri (PMC), Forum Serantau Asean ke-20, Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean Campur Tiga dan Mesyuarat Menteri-menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur ketiga. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan