Malaysia Bertindak Ke Arah Menjadikan Dadah Bukan Bahan Jenayah - Nancy Shukri

Diterbitkan: Ahad, 30 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nancy Shukri
Nancy Shukri

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang bertindak ke arah menjadikan dadah bukan sebagai bahan jenayah agar lebih mudah dan terbuka buat penagih dadah mendapatkan rawatan dan pemulihan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata dasar kerajaan kini beranjak lebih kepada merawat pengguna dadah daripada mendakwa mereka.

Beliau berkata hasrat Asean untuk menjadi rantau bebas dadah menjelang 2015 tidak begitu realistik tetapi mengambil perhatian bahawa perubahan pendekatan pihak berkuasa dapat mengurangkan bilangan penagaih dadah.

"Tidak wujud perkara seperti bebas dadah tetapi kita boleh mengawalnya dengan mengubah atau menganjak dasar kita.

"Daripada melihat penagih dadah sebagai penjenayah kita perlu melihat mereka sebagai pesakit. Daripada menghantar mereka ke penjara, kita bawa mereka ke klinik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Panel Peringkat Tinggi mengenai Dasar Dadah dan Kesihatan Umum anjuran Suruhanjaya Global mengenai Dadah, di sini Ahad.

Mesyuarat itu diadakan bersempena Persidangan Persatuan AIDS Antarabangsa ke-7 2013 di sini.

Beliau berkata kerajaan juga sedang menyemak semula undang-undang berhubung dadah di negara ini, termasuk Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan).

"Jawatankuasa Rombakan Undang-undang kini dalam proses perbincangan bagi meminda peruntukan berhubung penahanan selama 14 hari seseorang yang disyaki penagih dadah bagi tujuan menjalani ujian. "Ini untuk memudahkan yang 14 hari itu tidak lagi 14 hari selain mengenai ujian air kencing," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan