Lebih 600 Kes Denggi Dalam Tempoh Januari-Jun Di Seluruh Negara

Diterbitkan: Ahad, 30 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lebih 600 kes denggi dilapor di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata Kementerian Kseihatan akan mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang dan mengadakan pemeriksaan di kawasan perumahan dengan lebih kerap bagi membendung wabak itu.

"Kebanyakan masyarakat sedar punca denggi tetapi tidak ramai ambil inisiatif untuk hapuskan pembiakan nyamuk aedes, kerana itu kami akan pantau kawasan perumahan dan arahkan penduduk bersihkan kawasan rumah mereka dan jika gagal kami akan ambil tindakan.

"Kami rasa dengan penguatkuasaan undang-undang orang ramai akan pandang lebih serius perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Penang Free School, Jalan Masjid Negeri di sini Ahad.

Beliau berkata kawasan yang mencatat kes paling tinggi ialah Johor Baharu, Selangor dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan akan mengkaji pendekatan undang-undang sesuai untuk mengharamkan penjualan shisha dan rokok alternatif.

Beliau berkata pihak kementerian telah mengkaji kesan sampingan pengambilan bahan berkenaan dan ia disifatkan berbahaya bergantung kepada bahan yang digunakan.

Baru-baru ini Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan