Kerajaan Akan Fail Rayuan Kes Kugan

Diterbitkan: Ahad, 30 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan memfailkan rayuan terhadap keputusan ditetapkan Mahkamah Tinggi minggu lepas yang memutuskan Khalid bertanggungjawab terhadap kematian suspek pencuri kereta A. Kugan ketika berada dalam tahanan polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham harus dihormati dan langkah sewajarnya harus diambil.

"Kita akan membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan. Jika ia gagal, kami akan membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

"Jika seseorang tertuduh boleh merayu, mengapa kerajaan tidak boleh berbuat demikian?

"Ia adalah untuk berlaku adil," katanya selepas merasmikan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Alumni Sekolah Izzuddin Shah di sini, Ahad.

Pada minggu lalu, Singham berkata, Khalid yang pada waktu itu merupakan Ketua Polis Selangor bertanggungjawab terhadap kematian Kugan ketika berada dalam tahanan polis empat tahun lalu.

Singham berkata Khalid cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes tersebut.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan