Guan Eng Cadang PAS Boikot PRK DUN Kuala Besut

Diterbitkan: Ahad, 30 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

KULAIJAYA: DAP mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Beliau berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang.

Menurutnya langkah memboikot pilihan raya kecil berkenaan adalah tanda protes ekoran kegagalan SPR 'memberi penjelasan berhubung taktik yang mencurigakan dalam penggunaan dakwat kekal pada PRU-13'.

"Bagaiamanapun, terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka mahu memboikot atau tidak kerana kerusi berkenaan milik mereka, kerana mereka mempunyai kata putus dalam isu ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat komuniti di Taman Indahpura di sini pada Ahad.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong ekoran kematian penyandangnya Dr A.Rahman Mohktar,55, Rabu lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan