Tak Mungkin Berlaku DUN Tergantung Di Terengganu - Ahli Politik

Diterbitkan: Sabtu, 29 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mungkinkah Dewan Undangan Negeri Terengganu berkeadaan tergantung selepas satu pilihan raya kecil diadakan tidak lama lagi jika keputusannya menyaksikan 32 kerusinya dikuasai sama banyak oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat?

Beberapa ahli politik berpendapat keadaan itu tidak mungkin berlaku.

Kematian anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN memerlukan satu pilihan raya kecil diadakan di negeri itu. Kematian beliau menyebabkan BN kini hanya menguasai 16 daripada 17 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi (PAS 14, PKR satu).

Sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya kecil yang perlu diadakan sebelum 27 Ogos ini, maka kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16.

Walaupun ramai berpendapat keadaan seri itu memungkinkan satu pilihan raya baru diadakan, namun ahli politik yang ditemu bual Bernama berkata ia tidak semestinya demikian.

Ketua MCA Terengganu dan bekas anggota exco, Datuk Toh Chin Yaw berkata, undi pemutus speaker Dun, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, akan membolehkan BN terus berkuasa di negeri itu.

"Pengerusi mana-mana mesyuarat mempunyai undi pemutus. Sekiranya keputusan undian adalah seri, mengikut peraturan tertentu, pengerusi (speaker) akan melaksanakan undi pemutusnya," kata beliau.

Sekiranya jumlah kerusi berada dalam keadaan seri iaitu 16-16, kerajaan BN akan memperoleh satu undi majoriti melalui undi pemutus yang diberi speaker.

Naib presiden PKR, Tian Chua mempunyai pendapat serupa apabila beliau berkata, sekiranya PAS memenangi kerusi Kuala Besut pada pilihan raya kecil itu dan menjadikan kedudukan kerusi 16-16, pilihan raya tidak perlu diadakan semula.

"Sama ada speaker adalah anggota dewan undangan negeri atau tidak, prinsipnya ialah penyandang kerusi itu boleh memberi undi pemutus sekiranya jumlah kerusi adalah seri. Speaker akan memberi undinya dan BN akan terus berkuasa," katanya.

Beliau berkata, pertukaran kerajaan hanya akan berlaku jika Adun daripada parti pemerintah berpaling tadah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan