SPAD Gesa Penguasa Bas Ekspres Jual Tiket Online

Diterbitkan: Sabtu, 29 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar semasa melakukan lawatan sempena jualan tiket bas ekspres Hari Raya Aidilfitri 2013 di Hentian Putra di sini, Jumaat.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar semasa melakukan lawatan sempena jualan tiket bas ekspres Hari Raya Aidilfitri 2013 di Hentian Putra di sini, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggesa semua pengusaha bas ekspres menggunakan sistem penjualan tiket secara online bagi membanteras gejala ulat tiket, ketika musim perayaan.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata melalui cara itu, pengusaha bas ekspres bukan sahaja membantu pihak berkuasa mengatasi masalah tersebut malah dapat mengelak pengguna daripada menjadi mangsa sindiket terbabit.

"Saya tengok kebanyakan masalah timbul apabila syarikat bas ekspres tidak mempunyai kaunter jualan.

"Syarikat bas seperti inilah yang selalu pakai ulat. Jadi kita perlu mengenal pasti dan mengeluarkan mereka daripada sistem," katanya kepada pemberita selepas meninjau jualan tiket bas ekspres menjelang Hari Raya Aidilfitri di Hentian Putra, di sini, Jumaat.

Beliau juga berkata, isu ulat tiket dikesan semakin menjadi-jadi, apabila anggota penguat kuasa SPAD turut cuba diancam ketika sedang bertugas.

"Yang paling teruk dan paling kasar sekali ialah di Pudu Sentral, dia ada dia punya geng.

"Sekarang kita perlu tegas mengenai perkara ini dan mereka ini lebih maju dan mereka mempunyai 'tonto' bersama 'walkie talkie' dan orang kita pun banyak kali dah nak kena pukul," katanya.

Sementara itu, Syed Hamid berkata orang ramai boleh mula membeli tiket bas ekspres sempena hari raya, dengan caj tambahan 10 peratus dikenakan.

"Tiket tersebut adalah untuk perjalanan bermula 8 Julai hingga 8 Sept 2013.

"Kenaikan tambang itu bertujuan menampung kos (pengusaha bas). Jadi, bila mereka balik (balik semula ke Kuala Lumpur) kosong, ia dapat menampung balik kos," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan