Saya Layak Jadi Menteri - Riot

Diterbitkan: Sabtu, 29 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERIAN: Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot berkata beliau layak dilantik sebagai menteri persekutuan, yang menjadi hak mutlak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ekoran gesaan pembangkang bahawa beliau seharusnya diminta meletak jawatan kerana didakwa memiliki ijazah universiti palsu.

Riot, yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata tuduhan pembangkang itu tidak sepatutnya dibuat tambahan pula mereka mempersoalkan integriti dan kebijaksanaan perdana menteri dalam melantik beliau sebagai menteri dalam Kabinet baharu beliau.

"Sebagai Perdana Menteri, beliau (Najib) menggunakan kebijaksanaannya untuk menentukan sama ada saya layak menjadi menteri, dan ini termasuk kelayakan akademik saya, dengan memberi tanggungjawab kepada saya portfolio sumber manusia, sebuah kementerian yang sangat mencabar dengan 13 agensi di bawahnya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Pesta Birumuh 2013 dan program '1Malaysia Support For Housewives' dan Azam Kerja peringkat negeri di sini.

Sambil mengecam dakwaan itu, Riot, yang juga Ahli Parlimen Serian, berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, jika perlu, terhadap tiga Anggota Parlimen daripada DAP iaitu Ong Kiang Ming (Serdang), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Julian Tan (Stampin) kerana membuat dakwaan itu yang mencemarkan imejnya, di luar Parlimen.

Ia dipetik oleh laporan online bahawa mereka menggesa Najib untuk meminta Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ewon Ebin supaya meletak jawatan kerana memiliki ijazah palsu sekiranya perdana menteri serius terhadap integriti Kabinetnya.

Bagaimanapun, Riot berkata beliau berada di Kementerian Sumber Manusia kerana ijazah pertamanya yang diperoleh dalam Sumber Manusia adalah dari University of Hertfordshire, United Kingdom manakala ijazah Sarjananya juga dalam bidang yang sama. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan