PM Tiba Di Dar Es Salaam Untuk Dialog Perkongsian Bestari Global

Diterbitkan: Sabtu, 29 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DAR ES SALAAM (Tanzania): Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam Jumaat untuk menghadiri Dialog Perkongsian Bestari Global.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Julius Nyerere di sini pada 9.20 malam (waktu Tanzania: 28 Jun)(waktu Malaysia: 29 Jun, 2.20 pagi).

Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Ketibaan mereka disambut Menteri Komunikasi, Sains dan Teknologi Tanzania Prof Makame M. Mbarawa di lapangan terbang yang mengambil sempena nama pengasas negara ini.

Najib akan menyertai 14 ketua-ketua kerajaan/negara dari negara-negara Afrika untuk dialog dua hari bermula esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Julius Nyerere di sini.

Perdana Menteri dijadual berlepas ke London pada Ahad malam di mana beliau akan melakukan lawatan kerja di sana. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan