Orang Ramai Akan Diberi Kata Laluan Semak Status Laporan Polis

Diterbitkan: Sabtu, 29 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan membangunkan sistem status siasatan kes untuk membolehkan pengadu mengetahui perkembangan siasatan laporannya.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata ia merupakan kesinambungan projek laporan polis secara dalam talian melalui portal laporan PDRM, yang akan dilaksanakan September ini.

"Kita akan berikan kata laluan kepada mereka yang membuat laporan polis dan mereka boleh mengakses sistem tersebut bagi mengetahui perkembangan siasatan kes," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Penipuan Pelaburan Dalam Perniagaan peringkat Kebangsaan di Pusat Kecemerlangan Bernama, Wisma Bernama di sini, Sabtu.

Seminar sehari itu dianjurkan bersama Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia dengan kerjasama PDRM, Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM).

Turut hadir Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya dan ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Ayub berkata pada peringkat awal, projek itu akan dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Beliau juga berkata polis menerima laporan berhubung 351 kes berkaitan penipuan perniagaan dengan kerugian bernilai RM100 juta pada tahun lepas dan bagi empat bulan pertama tahun ini, pihaknya menerima 95 kes dengan jumlah kerugian RM15 juta.

"Kebanyakan kes melibatkan penipuan internet dan mereka yang ditipu terdiri daripada golongan berpendidikan dan profesional. Ada juga yang tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana malu," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati membuat pelaburan dan perlu menyemak dengan pihak tertentu termasuk SSM bagi mengelak ditipu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan