Op Daulat Berakhir, Esscom Ambil Alih Kawalan Pantai Timur Sabah

Diterbitkan: Sabtu, 29 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Op Daulat, operasi yang berjaya mengusir tentera penceroboh Sulu di sini pada 15 Mac, secara rasmi berakhir Sabtu, dan Majlis Keselamatan Negara meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Ketua Menteri Datuk Musa Aman, yang juga pengerusi majlis keselamatan negeri, berkata Esscom kini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan kawasan dan menjalankan operasi di bawah kawasan Op Daulat.

Esscom kini telah menerima pakai kod nama operasi baru, Op Sanggah, kata Musa semasa perbarisan penghargaan khas untuk Op Daulat.

Esscom akan menerajui semua operasi dari utara Kudat ke selatan-timur Tawau bagi memastikan sempadan perairan timur Sabah adalah selamat daripada sebarang ancaman, kata Musa.

Antara yang hadir pada perbarisan itu ialah 16 pegawai dan 415 anggota keselamatan daripada pelbagai agensi seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang diadakan di padang bola sepak Felda Sahabat 16.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan